Kelas Asas ICT (Pengenalan kepada Internet)

11 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 10 Mac 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu ‘Pengenalan kepada Internet’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai sejarah dan perkembangan Internet.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan mengenai definisi am bagi internet, sejarah dan perkembangan internet, infrastruktur internet seperti penerangan mengenai Network Service Providers (NSPs), Network Access Points (NAPs) dan Internet Service Providers (ISPs). Peserta juga diterangkan mengenai maksud domain name dan IP address serta kegunaan keduanya. Selain itu, peserta turut diterangkan mengenai kelajuan sambungan (Connection speed) seperti penerangan mengenai ping, latensi dan traceroute serta faktor yang mempengaruhi kelajuan internet seperti maksud memuat naik dan memuat turun.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali